Meskipun raya telah berlalu lebih kurang dua minggu yang lalu namun kemeriahan hari raya masih terasa dengan jadual rumah terbuka yang masih padat.
Pihak pengurusan STEMZA telah memilih hari Khamis 15 Sept. sebagai tarih merayakan hari raya kerana ianya bersamaan dengan perayaan di ambang kemerdekaan dan dirayakan serentak.
Acara pagi itu dimulakan dengan perayaan diambang kemerdekaan. Seperti biasa setelah semuanya berkumpul lagu negaraku dinyanyikan kemudian lagu selamat sultan dan lagu sekolah. Kemudian pengetua membacakan perutusan dari Perdana Menteri Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan bacaan sajak oleh Cikgu Azahari seorang penyajak terkenal yang perkhidmat di Pahang....ehem katanya pernah membacakan sajak dimajlis rasmi kerajaan Pahang.
Setelah setelah majlis tersebut semua pelajar bersurai. Majlis berehat selama 15 minit. Tepat jam 11.00 pagi semua pelajar mula mengambil tempat di khemah masing-masing untuk memerihkan majlis sambutan hari raya.
Jamuan diadakan di dewan utama di mana semua kelas diberikan ruang untuk menghidangkan makanan masing-masing dan para guru bebas berjalan ke mana-mana gerai atau khemah yang diperuntukkan untuk kelas-kelas masing-masing.
Majlis dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu permintaan Hari Raya. Guru-guru dan pelajar semuanya nampak seronok. Majlis bersurai pada jam 1.30 tengahari.
Ikuti rakaman lensa stemzasohor................
No comments:
Post a Comment