Friday, 30 December 2011

Hakisan pantai negeri Terengganu

Air pasang laut terburuk dikatakan berlaku dalam 50 tahun. Ya menurut orang-orang tua Terengganu air pasang laut yang menghempas pantai Terengganu dikatakan yang terburuk dalam tempoh 50 tahun. . Antaranya pantai yang menerima kerosakan teruk ialah Pantai Mengabang Telipok dan Pantai Dungun. Tinjauan "stemza sohor" pada 2 bulan lepas telah berjaya mengesan beberapa kerosakan yang diakibatkan oleh air pasang malam akan tetapi kerosakan yang berlaku dalam beberapa hari yang lalu amat diluar jangkaan.

Beberapa orang rakan menceritakan sendiri bagaimana mereka sempat menyaksikan jalan yang jatuh ke laut. Begitu juga dengan kerusi dan meja tempat pengunjung berehat turut ditarik ke laut. Kerusi dan meja tersebut kekal dalam keadaan separuh tenggelam di persisiran pantai.

Berikut adalah beberapa  gambar kerosakan Pantai Dungun  yang dipinjam dari alriscitra.blogspot.com. Gambar-gambar ini diambil berhadapan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

"Stemza Sohor" akan berusaha untuk pergi sendiri ke pantai-pantai  berkenaan untuk merakam sendiri gambar dan video kerosakan yang berlaku.





Monday, 26 December 2011

Panduan Lanskap Siri 1

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak saya buat lanskap kat sekolah ni jadi timbul pulak minat untuk melihat dan meneroka serta meniru (belajar) lanskap dari tempat-tempat lain.

Baru-baru ini saya pergi ke Melaka melalui KB, Jeli dan Kuala Kangsar. Waktu tu jam 5 petang kami berehat sebentar di hentian rehat selepas Tapah. Saya dah tak ingat sangat nama tempatnya. Yang saya pasti tempat tu cuma ada tandas dan wakaf. Surau pun  tak dek jadi isteri saya dan anak-anak kena solat atas wakaf tu dan memang tak ada dinding pun. Kami berenam errr saya dan lima anak lelaki yang lain jadi dinding.

Yang menariknya on the way ke tandas tu ada satu sudut yang amat cantik. Ok lihat dulu gambar-gambar ni pasni baru saya jelaskan.







Ok cuba lihat bagaimana teliti designer ni buat. 

Terdapat kombinasi 3 elemen. Pertama pokok bunga, kedua batu hiasan berwarna putih dan ketiga papan jalan. 

Pokok bunga boleh pilih apa-apa jenis asalkan tidak banyak sangat bunga dan kalau boleh tak ada bunga langsung. Ini untuk menghasilkan fokus kepada papan jalan. Kalau pokok terlalu banyak bunga fokus pandangan adalah pada bunga dan tidak timbul nilai klasik. 

Kedua batu hiasan yang berwarna putih membawa mesej segar. Batu putih adalah simbol ketenangan dan pantai. Melihat batu putih kecil menghidupkan kita kepada deria ke enam. Kita serasa seperti berada di tepian pantai. 

Ketiga papan jalan. Panjangnya lebih kurang 3 kaki dan lebarnya sekaki sementara tebalnya satu inci. Papan jalan ini boleh dipilih dari kayu jati atau merbau atau mengkawang. Lebih elok lagi kalau diambil dari rumah lama atau rumah usang. Atau boleh saja diambil dari jambatan lama. Kalau papan tu papan baru pastikan ianya di cat hitam. Lepas cat jemur panas sampai kering. Then lepas tu rendam dalam air parit selama 3 hingga 4 hari untuk menimbulkan tone warna.....

Baiklah sekarang bagaimana cara nak buat lanskap ini:
Anda pun boleh membuatnya dirumah anda. Cari satu kawasan seluas 5 kaki x 5 kaki atau yang sewajarnya. Bulatkan kawasan yang nak ditanam pokok seeloknya 2 hingga 3 perdu pokok. Kawasan selebihnya aturkan batu putih. Kemudian di atas batu putih tersebut letaklah papan jalan. Seeloknya batu itu diserakkan sedikit supaya papan jalan dapat duduk diam dengan elok. 

Nah pasti jiran-jiran anda teruja. Padankan gambar yang di atas dengan ruang di rumah anda dan tunggu apa lagi sekarang lah masanya......jom berlanskap.

Ustaz Manan.....

Jangan lupa layari:

Tuesday, 20 December 2011

Karnival Hijrah Di Dataran SyahBandar Kuala Terengganu 2011

Pada 22, 23 dan 24 Disember 2011 bersamaan 26, 27 dan 28 Muharram 1433H akan berlangsung Karnival Hijrah di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu, Terengganu. Karnival tersebut adalah anjuran bersama TV Al Hijrah dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Dalam Karnival tersebut nanti akan dibawakan bersama slot-slot yang ditayangkan di TV AlHijrah termasuk slot Setengah Jam Bersama Ustaz Don. Ustaz Don yang sinonim dengan slot Setengah Jam Bersama Ustaz Don nya dijangka akan menarik minat masyarakat untuk menghadiri karnival tersebut.



Secara tidak langsungnya memandangkan TV Al Hijrah masih baru maka karnival ini boleh menjadi kayu ukur sejauh mana ikon-ikon TV AlHijrah telah dapat menarik minat masyarakat khasnya masyarakat Terengganu.

Antara program dalam TV alHijrah


TV alHijrah  mula diperkenalkan dalam sidang akhbar pada 25 Oktober tahun 2010 di Muzium Kesenian Islam. Majlis pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dengan pelantikan Bukhari Che Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya maka dijangkakan TV alHijrah akan mengulangi kejayaan yang dicapai oleh TV9.


Kepada semua rakyat Terengganu dan semua masyarakat luar Terengganu yang secara kebetulan berada di Terengganu pada 22-24 Disember  adalah dijemput beramai-ramai ke Dataran ShahBandar untuk memberikan sokongan kepada produk Islam dan perkembangan Islam secara amnya.

 Ustaz Don Pengacara TV alHijrah
bersama Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi (Doktor Jawi)


Monday, 19 December 2011

Permainan Kanak-Kanak Malaysia

Banyak sangat permainan kanak-kanak Malaysia kalau nak kira. Dulu sewaktu tak dak komputer lagi banyak. Kami main lompat-lompat, main pedang daripada batang bembang (sejenis tumbuhan dalam air yang boleh diukir menjadi batang pedang), main tembak-tembak guna pistol dari kayu dan  banyak lagi.

Kini zaman dah berubah semua kanak-kanak tidak lagi keluar rumah tetapi masing-masing memerap kat rumah main game dari pc dan lap-top.

Kalau nak ikutkan pakar psikologi kata tak baik tu. Kerana boleh menyebabkan kanak-kanak tu anti sosial. Apa tak nye asyik berkurung je tak berkawan. Akibatnya generasi alaf baru ni tak de kawan dan anti kawan. Pastu susah nak berurusan dengan masyarakat.

Di bawah ni ustaz ada rakamkan dua contoh permainan  kanak-kanak cuba lah tengok.



Friday, 16 December 2011

Majlis Khatam alQuran Pelajar Kelas Yayasan Negeri Terengganu 2011

Baru-baru ini saya sempat menghadiri Majlis Khatam AlQuaran Pelajar-Pelajar Kelas KAFA dan Yayasan Negeri Terengganu yang diadakan di Stadium Tertutup Sultan Mizan. Majlis Khatam itu dihadiri oleh semua pelajar-pelajar kelas Yayasan bagi Parlimen Kuala Terengganu dan Batu Rakit.

Sebenarnya saya ni bukannya AJK Penyelaras akan tetapi oleh kerana baju melayu yang saya kenakan tu sama dengan baju melayu AJK Penyelaras jadi depa ingatkan saya AJK gak. Pada hal saya ni bapak budak je. Jadi kelebihannya boleh sama ke sana ke mari ambil gambar untuk program tersebut.  Sebenaknya baju tu ialah baju melayu raya tahun ni. Warna biru muda.

Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Inilah kali pertama saya menghadiri program yang serupa. Tahniah kepada Yayasan Terengganu yang merupakan penganjur.

Bila tengok wajah-wajah kanak-kanak sekolah rendah ni rasa begitu sayu dan hiba sekali. Wajah-wajah yang tidak berdosa yang diselimuti oleh suasana keislaman. Sebab saya ni guru sekolah menengah. Mereka yang sekolah rendah ni mendapat pengiktirafan ni kerana Khatam Al Quran. Sesuatu yang amat mulia dapat khatam alQuran sebelum usia 12 tahun.

Kepada anda-anda semua di luar sana pastikan anak anda dapat baca quran. Aaaaa dan pastikan mereka dapat khatam sebelum naik sekolah menengah. Kerana kesannya kalau naik sekolah menengah quran pun tak pandai dan tak khatam pula aisah men buruk padahnya.

Wassalam nanti jumpa lagi.


Pelajar membanjiri dewan menghadap pentas utama



Ajk terdiri dari guru agama sekolah rendah



Barisan atas para ibu bapa











Memenuhi ruang stadium


Wajah tak berdosa



Mohammad Naim minat jadi hafiz

Anak saya Mohamad Naim kanan sekali

Suasana di luar Stadium tertutup Sultan Mizan

Wah ramainya orang.