Wednesday 23 March 2011

STEMZA Cemerlang Dalam SPM 2011


Result SPM dah pun keluar. Banyak yang dapat kita saksikan. Ada waha yang suka dan ada wajah yang duka. Ibarat petani yang selama ini bermandikan peluh gigih untuk mengusahakan tanah sawahnya maka hari ini menuai hasilnya.

AlHamdulillah STEMZA mencatatkan result yang cemerlang dengan 2 orang pelajar mendapat straight A. Pelajar tersebut ialah Noor Ameerah binti Azmi dan Raihanah binti Mohamad Zaki.

Nor Ameerah yang mengambil 10 subjek telah memperolehi memperolehi 8A+ (Tertinggi) dan 2A.
Sebagai penyuntik perangsang kepada semua bakal calun SPM STEMZA tahun depan dibawah ini disertakan senarai subjek yang beliau telah capai.

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris   A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Mathematics A+
Additional Mathematics A+
Physics A
Chemistry A+
Biology A
Tasawwur Islam A+

Manakala Raihanah pula yang juga mengambil 10 subjek telah mendapat 5A+, 3A dan 2A-.
Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris   A
Pendidikan Islam A+
Sejarah A
Mathematics A+
Additional Mathematics A+
Physics A-
Chemistry A
Biology A-
Tasawwur Islam A+

Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail bin Kusri ketika dihubungi telah melahirkan rasa puashati di atas kejayaan yang dicatat oleh Nor Ameerah dan Raihanah.  Menurut beliau kejayaan ini adalah hasil usahasama semua pihak termasuk guru-guru STEMZA yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan warga STEMZA.

Menurut beliau lagi kejayaan ini adalah adalah kejayaan yang kedua bagi warga STEMZA selepas keputusan PMR baru-baru ini yang menayksikan 20 orang pelajar mendapat 8A. Kejayaan ini telah sekaligus meletakkan STEMZA menduduki tempat pertama dalam senagai sekolah harian.



Nor Ameerah dan Raihanah berkongsi kejayaan.



Saksikan wajah-wajah mereka yang ceria..............


Your admin: Ustaz Abdul Manan Ali

2 comments:

  1. alhamdullilah..tahniah buat semua adik2 yang berjaya..yang kurang berjaya,perjalanan masih jauh lagi..teruskan usaha!;)

    ReplyDelete
  2. Saya bergembira membaca keputusan cemerlang. Saya ingin memghubungi Ustaz. Boleh hantar email kepada alamat berikut?; almanar@pd.jaring.my

    Sedfokit tentang saya sila lawat
    www, almanar-nuri.blogspot.com

    Begas sekolah ugama
    Pakcik Hassan

    ReplyDelete