Ekoran dari kejadian gempa di laut Jepun dan Tsunami yang melanda utara Jepun itu maka Pantai Terengganu menerima sedikit tempias apabila air laut telah naik sehingga ke kawasan Kolam Renang dan memenuhi kawasan kedai-kedai menjual makanan di sekitar Pantai Batu Buruk. Walau bagaimanapun air yang naik tidak berbentuk Tsunami tetapi naik secara tenang dan melimpah. Ini jelas ekoran paras air laut di Laut Cina Selatan yang melebihi paras biasa. Jika difikirkan tidak mustahil air laut ini boleh naik lebih tinggi lagi sehingga ke Open Universiti dan kawasan sekitarnya. Peristiwa air naik pasanng di Pantai Batu Buruk ini berlaku pada awal pagi lebih kurang jam 1-5 pagi dan berakhir lewat pagi 12 Mac.
Satu lagi kejadian aneh ialah dilaporkan seorang nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan telah terserempak dengan ikan lumba-lumba di pantai Kuala Terengganu. Ikan spesis ini sebenar tidak pernah kelihatan di sini. Tetapi dipercayai iannya sesat sehingga ke pantai Terengganu kerana melarikan diri daripada bunyi ultra-sound yang berkembang di dalam laut akibat gempa yang melanda Jepun yang amat kuat sekuat 8.9 pada skala ritcher itu.
Apa yang dapat difikirkan di sini ialah marilah kita melihat perkara sebagai suatu peringatan dari Allah. Allah telah menyebutkan dalam alQuran bahawa di sisi Allah ada banyak tentera antaranya air itu sendiri. Jelas hanya dengan air boleh merubah muka bumi Jepun menjadi padang jarak padang tekukur. Marilah kita sama-sama bersyukur dengan keadaan kita yang masih selamat walaupun dikelilingi negara-negara yang berisiko Tsunami. Dan marilah kita menambahkan kataqwaan kita kepadNya yang menguasai langit dan bumi. Allah Tuhan Seru Sekelian alam.
Your admin: Ustaz Abdul Manan Ali

No comments:
Post a Comment