Friday, 11 March 2011

Tsunami 11 Mac 2011 melanda utara Jepun

Semua yang berlaku di atas muka bumi ini adalah atas kehendak Allah. Dan setiap yang berlaku adalah dengan tujuan tertentu. Kejadian Tsunami di Timur Jepun mencecah 8.9 pada skala ritcher adalah merupakan yang terburuk dalam tempoh 140 tahun. Setakat ini angka korban menjangkau 300 orang. Ini tidak termasuk mereka yang terperangkap di jalan keretapi bawah tanah yang belum dapat diselamatkan. Disamping itu dua penjana tenaga nuklear juga telah meletup dan terbakar.

Tidak kurang 20 negara yang turut terlibat dengan kesan tsunami di Jepun antaranya Russia, Taiwan, Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Fiji, Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia dan Peru. Australia dan  New Zealand juga disenaraikan pada peringkat awal tetapi kemudiannya dikeluarkan dari senarai berisiko setelah mendapati tidak menerima kesan tersebut dalam jangka masa yang diramalkan.

Bagi kita umat Islam kita menerima berita ini sebagai suatu amaran dari Allah. Dalam keadaan manusia mengejar dunia dan semakin meninggalkan akhirat padahal jarak masa kiamat semakin hampir maka tentera-tentera Allah akan sentiasa datang untuk memeberikan amaran kepada penduduk dunia supaya insaf dan kembali kepada Allah. 

Saksikan beberapa video  yang sempat diambil dari you tube. Saksikan dan ambillah pengajaran darinya.
















Your admin: Ustaz Abdul Manan Ali  

No comments:

Post a Comment