Ketika saya mendongak ke atas melihat bangunan yang tersergam indah itu yang menjadi kebanggaan berzaman dan mercu tanda bandaraya Kuala Terengganu itu saya tiba-tiba rasa macam ada yang tak kena. Apabila saya fokus saya amat terkejut apabila melihat bahawa di bahagian atas bangunan yang saya sayangi itu semacam ada tanda keretakan dan semacam dinding pecah.
Benda tu kalau tak fokus memang tak nampak. Tapi blogger macam saya ni yang begitu sensitif dengan alam sekeliling (kalau tak sensitif macamana nak jadi blogger) maka dengan cepat saya perasan.
Ish kalau ada orang luar yang ambil gambar atau pelancong asing tentu malu kita dibuatnya. Saya rasa perkara ini perlu diambil tindakan segera oleh Kerajaan Negeri atau pihak yang berkait rapat dengan bangunan ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment