Ha bukan senang nak jadi guru kelas ni. Dah nasib ingat tahun ni tak pegang kelas. Eh aleh-aleh kena pegang gak lagi.
Ni ha pelajar ni sorang dah dekat sebulan tak datang sekolah. Tengok prosiding tu boleh buang dah. Tapi mengenangkan depa hidup susah orang kampung terpaksalah kita orang pergia siasat.
Maka pada jam 10 pagi 26 Julai baru-baru ini saya bersama 5 lagi pelajar tingkatan 4 al Idrisi telah membuat lawatan mengejut ke rumah seorang pelajar ni namanya dirahsiakan. Mula-mula memang tak de kat rumah. Siasat punya siasat rupanya dia monteng kat hutan sebelah rumahnya.
Aleh-aleh kita orang jumpa mak dia yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai berhampiran. Katanya dia tak tahu anaknya ponteng sekolah sebab tiap pagi dia ada datang ambik bekal kat kedai ni.
Pastu dia janjilah nak nasihat anaknya.
Alhamdulillah 2 hari kemudian anaknya muncul di sekolah sampai lah ke hari berita ni ditulis. Menurut ceritanya dia ponteng kelas kerana bercita-cita nak pergi ke sekolah teknik berdekatan tapi tak dapat. Maka kami nasihatkanlah kat dia. Kami kata tak pelah tak dapat ke teknik sekarang ha belajar betu-betul. Nanti lepas SPM pergi ke politeknik. Eh betul jugak tu.
Ha tulah cerita nya. Maka alkisahnya jadi guruni kena rajin lah ke rumah anak murid. Cek periksa tengok jangan asyik dok buang sekolah je.
Wassalam
No comments:
Post a Comment