Program tersebut dianjurkan oleh Unit Bina Insan dengan kerjasama Unit Kenbajikan Sekolah. Seramai 4 orang guru dan 18 orang pelajar yang terlibat dalam dalam Program Khatam Al Quran. Ini adalah kerana terdapat 22 buah surah yang perlu dibaca dalam majlis tersebut bermula dari surah الصحى sehinggalah ke surah الناس .
Apa yang lebih memeriahkan lagi pada tahun ini ialah Tuan Pengetua sudi melibatkan diri dalam senarai peserta Khatam. Beliau telah memilih surah al Dhuha. Pada pendapat saya langkah ini adalah suatu langkah yang proaktif dan patut dicontohi oleh semua pengetua-pengetua yang lain. Semua peserta yang mengambil bahagian telah menerima sagu hati berupa sehelai kain pelikat dan duit raya (guru tak dapat le duit raya)
Selesai program Khatam alQuran kami teruskan dengan program pembahagian sumbangan hari raya untuk pelajar yang kurang bernasib baik. Dana ini diperolehi dari sumbangan yang diberikan oleh para pelajar dan guru sepanjang bulan Ramadhan. Arahan pengetua semua duit yang diperolehi dari sumbangan pada bulan Ramadhan mesti diagihkan sebelum Syawal jadi pada hari tersebut. Seramai 170 orang pelajar terlibat dengan pembahagian sumbangan tersebut. Sumbangan adalah berupa barangan keperluan harian seperti Milo, gula, beras dan sebagainya.
Majlis diakhiri dengan acara bersalaman dan bermaafan sesama guru dan pelajar. Semua guru dan pelajar yang hadir pada hari tersebut menyatakan rasa puas hati kerana program berjalan dengan lancar dan menyentuh perasaan serta kena pada tempatnya.
Ikuti gambar-gambar yang smepat dirakamkan dalam majlis tersebut yang diambil menggunakan SamsungS 19070.
No comments:
Post a Comment