Monday, 27 August 2012
Rama-rama spesies baru
Pada hari Selasa 6 Ogos yang baru lalu semasa dalam perjalanan ke Kota Bharu kerana ada sedikit urusan, saya telah berhentilah kejap di Jerteh untuk mengisi minyak. Semasa saya sekeluarga menghampiri tandas kami amat terkejut apabila melihat ada satu sepsies rama-rama yang amat besar. Anak-anak kami amat berminat dan terus mengerumun. Perasaan ingin tahu amat kuat. Bagus juga tu. Kami cuma lihat-lihat saja kemudian membiarkannya begitu saja. Mungkin rama-rama itu berhenti rehat sekejap sebagaimana juga kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment