Sekarang saya akan ceritakan pula satu masjid baru yang juga besar batul yang saya rasa lebih besar dari Masjid Raja Cendering yang juga dinamakan sebagai masjid raja iaitu Masjid Raja Bukit Besar.
Bagi penduduk sekitar Kuala Terengganu tentu tahu sangat ada satu masjid lama yang seni binanya memang ada ciri-ciri reka bentuk lama. Orang Pasir Panjang, Bukit Besar dan kawasan sekitarnya memang bersembahyang jumaat di masjid itu.
Ceritanya kemudian masjid itu mendapat peruntukan besar untuk memperbesarkan masjid sesuai dengan sebutannya sebagai masjid raja. Kini pembinaan Masjid Raja Bukit Besar sudah hampir siap sepenuhnya. Gambar-gambar yang saya ambil ini adalah pada 10 Ogos 2012. Mungkin kini pembinaannya sudah hampir siap sepenuhnya.
Sebenarnya semua perkara ada baik dan buruknya. Memang masjid lama kita sayang dan ada unsur-unsur nostalgia cuma mungkin ruangnya tidak dapat memuatkan jumlah penduduk yang semakin ramai. Khabarnya Masjid Raja baru ini memang besar dan dapat memuatkan beberapa ribu orang. Bahagian bawahnya tempat parking kereta. Dan ada pula dewan untuk kegunaan orang ramai.
Bersama kita lihat gambarnya. Errrr kalau dah siap nanti saya akan post gambar terbaru. Wassalam.
Masjid sementara |
blh x saudara postkn pic masjid ni yg dh siap?
ReplyDelete