Tuesday 5 July 2011

Ceramah Israk Mikraj di Sek. Men. Tengku Mizan

Pada tanggal 5 Julai telah diadakan ceramah Israk dan Mikraj bersempena dengan perayaan Israk Dan Mikraj yang dirayakan oleh umat Islam setiap kali datangnya bulan Rejab. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim pensyarah daripada Kulliah alFurqan Institut alQuran Pengadang Baru atau lebih dikenali sebagai IQ iaitu.

Ceramah tersebut disampaikan dalam slot aktiviti Kokurikulum dan disertai oleh semua pelajar lelaki dan perempuan STEMZA. Amat memberangsangkan apabila majoriti guru kelihatan menyertai ceramah tersebut.

Daripada tinjauan yang dijalan didapati rata-rata pelajar amat suka dan menerima ceramah yang disampaikan. Menurut mereka ceramah itu kelakar dan tidak kering gusi dibuatnya.

Ceramah disampaikan dari jam 2.15 hingga ke jam 3.30 petang. Sebelum ceramah dijalankan penceramah telah dijamu dengan jamuan makan eksklusif bersama Tuan Pengetua, PK Kokum, Ketua Bidang Votek dan wakil GC Ustaz Abdul Manan (Admin STEMZA SOHOR).

Bersama kita lihat rakaman yang sempat diambil.



Pelajar khusyuk mengikuti ceramah

Sebahagian pelajar lelaki

Pelajar lengkap dengan uniform

Ustaz Mohd Zaki menyampaikan ceramah

Ustaz Mohd Zaki mempunyai cara tersendiri

Wah bukan main minat lagi

Ni sebahagian pelajar perempuan

Khusyuk mendengar

Cenderahati disampaikan oleh Kaunselor En. Asri

Salam blogging

No comments:

Post a Comment