Monday 25 July 2011

Perkhemahan PBSM SMK Tg. Mizan di Kem Bari Setiu

Pada hari Khamis 21-23 Julai  telah berlangsung Kem Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Kuala Terengganu di Kem Bari Setiu. Perkhemahan ini dilaksanakan setelah dua tahun perkhemahan serupa tidak diadakan. Perkhemahan ini telah berjaya mengumpul penyertaan dari 25 buah sekolah menengah dari daerah Kuala Terengganu.

Istimewanya perkhemahan ini ialah semua pelajar mesti menyediakan sendiri makanan dan minuman mereka. Kebanyakan perkhemahan yang dijalankan guru-guru akan menyediakan makanan yang sudah ditapau akan tetapi tidak pada perkhemahan ini.

Program ini juga mendapat kerjasama Jurulatih PBSM dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu.

Program yang berlangsung dengan jayanya ini telah diwakili oleh 11 orang pelajar STEMZA iaitu 5 perempuan dan 6 lelaki. Mereka telah diselenggara oleh 7 orang guru penasihat PBSM diketuai Ustaz Abdul Manan Ali.

Sila ikuti sorotan video dan gambar program tersebut.



























No comments:

Post a Comment