Pada hari khamis 21 Julai 2011 telah berlangsung program qiamullail siri 1 untuk tahun 2011. Program ini agak tertutup kerana dibuka kepada kelas peperiksaan sahja iaitu pelajar PMR dan SPM sahaja. Sebenarnya kami Unit Bina Insan menerima banyak permintaan dari para pelajar untuk mengadakan program yang serupa tetapi dibuka kepada semua pelajar. InsyaAllah akan kami anjurkan tidak lama lagi.
Ironinya pada malam tersebut adalah perlawanan bolasepak Malaysia melawan Singapura. Jadi sewaktu pendaftaran tu memang ramai pelajar tingkatan 5 tetapi lepas makan hampir separuh keluar untuk menonton perlawanan bolesepak di kedai kopi berhampiran. Kita orang tak lah keras sangat maklum sajalah ini semangat patriotik punya pasal tak guna paksa-paksa.
Saya (Ustaz Manan - admin STEMZA Sohor) sebagai pengarah program amat cerat bahawa pelajar ini akan datang semula selepas habis perlawanan bolesepak nanti. Dan alhamdulillah ternyata betul. Tepat jam 11 malam berbondong-bondong motosikal memasuki kawasan sekolah. Alhamdulillah qiamullail dapat dijalankan dengan sempurnanya tepat jam 4.00 pagi.
Kalau berkeras kita boleh kata macam ni "Aaaaa kami tak nak tengok sorang pun pelajar yang meninggalkan kawasan sekolah" atau macam ni "Sesiapa yang keluar dari kawasan sekolah tengok bola jangan harap kami nak tengok muka korang lagi, ". Alhamdulillah berkat sabar program berjalan dengan lancar. Nak buat macamana cikgu yang datang sebagai AJK keselamatan pun tengok bola di kantin sekolah bersama mek kantin yang menyediakan makan malam.
Program berjalan dengan baik. Selepas solat isyak ada ceramah agama oleh Ustaz Abdul Rahman bin Wahab guru SK Bukit Wan. Kemudian saya buat tazkirah qiamullail.
Yang syoknya waktu ceramag agama tu ada 7 orang budak lelaki je. Tapi budak pompuan ramai ada 100 orang. Selepas pelajar lelaki datang balik jam 11.00 malam jumlah peserta mencecah 150 orang.
Pengetua Haji Ismail datang jam 11.00 malam sempat minum malam bersama penceramah dan pelajar. Beliau tidur dalam pejabat menemani pelajar. Saya selaku tekong malam tu balik rumah datang semula jam 4.00 pagi terus handle qiamullail.
Saya imamkan solat tasbih pengetua imamkan solat subuh dengan sujud sajadah. Hebat tu kan. Pengetua asal dulu sekolah agama jadi memang hafal surah sajadah ni. Lepas subuh kita orang jempput Ustaz Syed Syukri dari SMKA Tok Jiring buat kulliah Subuh. Best kelakar habis.
Lepas sarapan dengan mee kami bersurai. Sebenarnya rancang makan roti canai telur satu sorang tapi tak sempat. Tak pe kita buat lagi lain kali.
Rasanya nak buat sebelum akhir ramadahan tajuknya "mencari lailatulqadar"
Salam manis dari saya Ustaz Abdul Manan Ali AlMerbawi selaku admin STEMZA Sohor, penyelaras Unit Bina Insan juga dikenali sebagai Doktor Jawi.
|
Pelajar pompuan komitment penuh |
|
Agaknya tak minat bola |
|
Nilah jejaka yang 7 orang tu |
|
Terimakasih kepada Kak Saodah, Kak Senah dan PK1 |
|
Ustaz Abdul Rahman Wabab SK Bukit Wan |
|
Tu suami Kak Senah bos syarikat keselamatan |
|
Tuan pengetua Haji Ismail Kusri....khusyuk |
|
Azan subuh |
|
Aik baru satu round dah lembik |
|
Ustaz Syed Syukri SMKA Tok Jiring |
|
Ni set-set bola...at least mereka datang qiamullail |
|
Khusyuk mendengar kulliah subuh |
No comments:
Post a Comment