Sunday 10 July 2011

Selamat Datang Penolong Kanan Pentadbiran Baru

Kalau anda masih ingat lagi kami ada menyiarkan berita PK1 kami yang telah berpindah ke SMK Kompleks Mengabang Telipok kerana dinaikkan pangkat menjadi Pengetua sekolah tersebut.

Kini kami sudah mendapat PK1 yang baru. Beliau ialah Puan Esah Penolong Kanan Ko Kurikulum SMK Belara Kuala Terengganu. InsyaAllah beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh warga STEMZA.

Dari ucapan sulungnya semas majlis perhimpunan mingguan pada hari Ahad iaitu kelmarin beliau menegaskan bahawa beliau kagum dengan  penampilan yang dibawakan oleh STEMZA dan yakin bahawa semua  hasil ini dikecapi kerana jasa baik guru-guru yang begitu rajin.

Berita seterusnya akan menyusul sementara itu lihat dulu gambar-gambar beliau yang senmpat durakam oleh admin Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi.

Bersama Tuan Pengetua di perhimpunan pagi Ahad

Bersedia memikul tugas baru

Di pejabat PK1 bersama Penyelaras PMR Cikgu Marzuki

No comments:

Post a Comment