Wednesday 27 July 2011

Ceramah Teknik Menjawab SPM

Musim demam peperiksaan sudah tiba. Sekolah-sekolah mulai padat dengan program ceramah teknik menjawab soalah peperiksaan bagi subjek-subjek teras dan pilihan. Guru-guru cemerlang mula sibuk dengan jadual ceramah di sekolah itu dan ini.

SMK Tengku Mizan tidak terkecuali dengan bahang yang dirasai ini. Pagi Khamis 28 Julai Panitia Sains telah menjemput Cikgu Jalaluddin Wahab GC Sains dari SMK Belara bagi memberikan ceramah di Dewan Mestika SMK Tg. Mizan. Pelajar nampak bersemangat dan begitu juga dengan penceramah. Kami nak A  kata pelajar.

Menjelang jam 10.00 pagi program  disambung dengan ceramah Matematik oleh GC Matetatik. Kali ini dari STEMZA sendiri iaitu Cikgu Rashid Harun.


Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakam dalam kesibukan program.


Dewan Mastika STEMZA,
Cikgu Jalaluddin Wahab GC Sains SMK Belara








Cikgu Rashid Harun GC Math STEMZA



No comments:

Post a Comment