Sebagaimana biasa Cikgu Rozmi dan kuncu-kuncunya sibuk dengan persediaan untuk mengangkut pelajar ke tapak perkhemahan. Tahun ini tapak perkhemahan yang dipilih adalah di Pusat Kokurikulum Kuala Terengganu iaitu di Bukit Guntong. Ianya terletak di belakang SMK Bukit Guntong. Tahun lepas perkhemahan dibuat di Pantai Merang yang terletak lebih kurang 15 KM dari STEMZA.
Selepas kulliah maghrib pada malam kedua diadakan majlis "bakar ayam" atau BBQ. Sebahagian pelajar dan guru menyediakan BBQ sementara para pelajar menyediakan gajet untuk pertandingan. Wah meriah sungguh hampir semua guru datang untuk malam kedua tersebut termasuk tuan pengetua yang membawa bersama anak saudaranya dari Jordan.
Macam tahun lepas Akla menjadi tukang masak. Lepas Ustaz Manan kulliah maghrib terus Akla masak nasi ayam cina. Sedap sungguh. Tengah makan ayam panggang dan nasi goreng cina tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan pengsan. Terus dibawa ke khemah guru yang tengah makan depan-depan pengetua pulak tu. Dibaringkan dalam keadaan lesu. Ni bukan apa tentu terover letih.
Dengar cerita nya pertandingan gajet dimenangi oleh Persatuan Pengakap. Syabas diucapkan sementara yang tak berjaya tak pe tahun depan ada lagi.
No comments:
Post a Comment