Tuesday 19 July 2011

Fire Drill at STEMZA

Pada hari selasa 19 Julai telah diadakan fire drill atau latihan kebakaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Fire Drill atau latihan kebakaran itu dijalankan tepat jam 11.30 pagi.

Pelajar keluar dari kelas masing-masing dan berkumpul di padang sekolah. Di sana guru kelas mengambil kedatangan semua pelajar. Manalah tahu kalau-kalau ada yang hilang dan sebagainya.

Selepas itu pasukan bomba dari unit bomba Kuala Terengganu telah mengadakan demonstrasi memadam api. Semua pelajar seronok melihat bagaimana tata cara memadamkan api dipamerkan tambahan lagi dengan penglibatan dari guru-guru dan pelajar.

Akhir sekali pelajar ke dewan untuk mendengar penerangan ringkas mengenai kebakaran dan prospek menjadi ahli bomba.

Saksikan gambar yang sempat dirakam oleh Ustaz Manan sepanjang program ini.






Selepas acara padang pelajar terus ke dewan

Ni tengah dengar penerangan dari Ahli Bomba

Kalau tak khusyuk ngantuk dua tu je

Ni bukan mat apa ni ... ni abang bomba

PK HEM bersama pegawai bomba

Jusa sibuk ngambil gambar

Kalau berminat nak jadi ahli bomba ... saya akan tolong

No comments:

Post a Comment