Apa yang ada dalam kepala saya ialah untuk membina suatu arca atau pokok daripada simen kemudian menggantungkan nama-nama universiti awam dan swasta. Jadi apabila pelajar menatap nama universiti itu akan mendatangkan perasaan berkobar untuk ke sana. Pelajar boleh memilih mana-mana universiti yang mereka suka berdasarkan jarak dan tempat.
Tapak yang paling sesuai |
Tunggul pokok pinang besar berjaya dibongkar |
Kemudian bermulalah proses membentuk asas pokok. Saya mendapat bantuan ramai pelajar yang sudi menjadi "helper". Kami gunakan bancuhan simen, pasir, batu dan air untuk membentuk konkrit asas. Untuk menjadikannya kuat kami cacakkan 3 batang besi setengah inci setinggi 6 kaki. Memang cukup kuat. Konkrit asas adalah setinggi 5 kaki. Sekarang binaan asas nya dah cukup kuat.
Cuaca memang panas jadi kami pasangkan canopy untuk menjadikan kerja lebih nyaman. Kerja pun jadi semakin laju dan seronok.
Bina canopy untuk berteduh |
Bancuhan simen mesti stabil |
Ramai pelajar yang jadi "helper" |
Selepas berpenat lelah selama dua minggu maka pokok yang dibina sudah siap. Tinggal bahagian mewarna. Untuk itu saya telah melawat kedai yang menjual kerusi simen dan minta nasihat. Alhamdulillah pekerja kedai tu yang bernama Faizal sungguh baik hati menunjuk ajar cara mengecat. Katanya mula-mula cat hitam stroke dari atas ke bawah. Ramai pelajar yang datang mengecat. Memang sebenarnya kalau bab mengecat ni ramai yang suka. Cuma bab main dengan simen tu ramai yang tak sanggup. Alhamdulillah dalam masa sejam lebih sikit pokok sudah siap di cat hitam.
Kemudian setelah semua kulit dan dahan dicat hitam cari satu cat warna "earth" dan cat dengan stroke kanan ke kiri. Yang in lebih senang kerana tidak perlu cat semua kulit cuma buat stroke dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri sahaja.
Tapi jarakkan masa satu hari kalau tidak tak kering. Kerja ni hanya memakan masa sejam saja. Akhirnya pokok universiti dah siap. Lihat gambar di bawah ni. Nanti minggu depan nak dapatkan nama universiti dan gantungkan di dahan-dahan tu.
Ikhlas dari Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi
P/s
Sebenarnya belum siap sepenuhnya tu nak ada pagar dan jambatan. Nampaknya kena sambung lepas raya. Helper minta off kerana puasa.
P/s
Sebenarnya belum siap sepenuhnya tu nak ada pagar dan jambatan. Nampaknya kena sambung lepas raya. Helper minta off kerana puasa.
No comments:
Post a Comment