Friday 26 August 2011

Majlis Khatam alQuran dan Hadiah Duit Raya 2011

Sebagai menutup tirai Program Ihya Ramadhan SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu maka pihak Bina Insan dengan kerjasama unit-unit lain telah mengadakan Majlis Khatam alQuran dan Pemberian Duit Raya bagi pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Untuk melengkapkan Majlis Khatam alQuran seramai 4 orang guru telah menyertai program iaitu Ustaz Manan sendiri, Cikgu Asri, Cikgu Zakaria dan Cikgu Fadhli sementara seramai 17 orang pelajar lagi telah dipilih menjadikan jumlahnya seramai 25 orang.

Majlis dimulakan dengan Ustaz Manan membaca Surah alDhuha dan diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang lain. Selesai majlis khatam alQuran majlis telah diserahkan kepada Ustazah Norish Karman yang mengendalikan majlis pemberian duit raya kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan  acara bersalaman antara semua pelajar dan guru diiringi lagu raya. Suasana amat ceria dan indah sekali sesuai dengan konsep hari raya aidil fitri yang diwujudkan.

Saksikan petikan gambar dan video sekitar majlis tersebut.


















Ustaz Abdul Manan Admin STemZa Sohor

















Salam Salam Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari admnin dan semua warga STEMZA

No comments:

Post a Comment