Tuesday, 16 August 2011

Projek Jalur Gemilang terpanjang di STEMZA

Sesuai dengan program Bulan Kemerdekaan maka pada hari Selasa 16 Ogos 2011 yang juga merupakan hari Ko Kurukulum maka telah dianjurkan satu program iaitu Projek Jalur Gemilang terpanjang. Projek ini atas idea PK Korikulum dan dijayakan oleh UBI (Unit Bina Insan - dibawah Ustaz Manan) dengan kerjasama semua pelajar 4 Idrisi.

Projek ini bermula jam 8.00 pagi dan siap sepenuhnya jam 12.30 tengahari. Hai dalam bulan puasa ini dahaga tu usah cakap le. Ibarat kata orang kalau bulan tak puasa ini dah pekena 3 kali tea ais.

Bendera tersebut yang sepanjang 38 meter berjaya dicat sepenuhnya menjelang jam 12.00 tengahari. Tapi nak jadi ke cerita cat merah Pelaka kod 26 kehabisan jam 11.00. Jadi apa lagi terpaksa lah rush ke stationary terdekat untuk mendapatkan bekalan.

Yang kita orang kagum ialah kesetiaan kelas 4 Idrisi ni yang gigih mengecat sehingga siap dan menampal di pagar sekolah jam 1.00 tengahari. Wah hebat betul. 4 Idrisi ni untuk makluman adalah kelas ting 4 last. Jadi bayangkan bagaimana komitment tu susah nak cakap lah kan. Tapi alhamdulillah oleh kerana kelas 4 Idrisi ni diajar oleh Ustaz Manan sendiri (Ketua Unit Bina Insan) maka hubungan tu ehem-ehem dikatakan baiklah maka berlakulah program ni dengan jayanya.

Ok saksikan gambar-gambar dan video yang sempat dirakam menggunakan hand set Nokia C5.....















No comments:

Post a Comment