Friday 5 August 2011

Program Kain Rentang Ihya' Ramadhan

Ramadhan telah bermula. Pihak Unit Bina Insan STEMZA  telah merancang banyak aktiviti untuk merangsang pelajar dalam masa puasa Ramadhan pada tahun ini. Antaranya projek khatam alquran, kain rentang ihya ramadahan, majlis hafaz alquran, kuiz ramadhan, tazkirah ramadhan di masa rehat dan banyak lagi.

Antara projek yang paling awal siap ialah banner atau kain rentang. Projek ini disiapkan bersama-sama pelajar Tingkatan Satu Saidina Omar al Khattab. Masa yang diambil tidaklah lama hanya 2 jam saja. Kesokkannya dah boleh gantung. Inilah hasilnya.

Selamat datang Ramadhan

Ramadhan bulan rahmat dan berkat

Sudut ni lebih jelas

Bangunan ni nanti akan jadi pejabat utama STEMZA


Salam Ramadhan  alMubarak dari kami warga STEMZA

No comments:

Post a Comment