Sedih dan geram. Itulah perasaan yang dapat saya rasakan ketika menonton video bagaimana seorang pelajar Malaysia kita yang masih remaja dipukul dalam senario rusuhan yang semakin bermaharajalela di kota London yang dikatakan terburuk sejak 1984.
Bukan saja dipukul malah dirompak pula. Dengar citanya pelajar kita ni Muhammad Asyraf Haziq sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa. Amat kasihan sekali. Saya dapat rasakan perasaan pelajar ini ketika ditarik dan dipukul dalam keadaan tiada bantuan yang tiba untuk menolongnya. Ini kerana saya juga pernah belajar di luar negara iaitu di Mesir. Di Mesir pun ada ketikanya kita terpaksa berhadapan dengan pemuda Mesir yang ganas dan biadap. Perasaan panik dan takut. Itulah yang menguasai pelajar kita itu.
Melihat kesan darah yang tertinggal di atas tanah itu kita percaya pelajar itu agak teruk kecederaannya. Beberapa akhbar tempatan melaporkan bahawa pelajar tersebut patah beberapa batang gigi dan tulang rahang. Walaubagainmanapun kita mendoakan keselamatan beliau dan berharap agar beliau tidak berputus asa.
Inilah masanya di mana beliau perlu berfikir bahawa jangan disangka suasana kejiranan dan persekitaran yang selama ini disangkanya baik itu selama-lamanya baik. Kerana apabila timbul suasana yang berbeza seperti rusuhan dan sebagainya mat-mat salleh yang kita sangkakan baik ini boleh "turn-up" menjadi ganas.
Apa pun syabas kepada keberanian pelajar kita yang sorang ni.
No comments:
Post a Comment