Friday, 12 August 2011

Bazar Ramadhan Pekan Batu 6

Mengunjungi bazar Ramadhan adalah suatu yang amat unik sekali. Ini kerana bazar Ramadhan tidak sama dengan bazar-bazar lain. Malah tidak semeriah dan seseronok bazar-bazar yang lain. Ditambah pula dengan keadaan kita yang sedang berpuasa maka membeli juadah berbuka puasa terdiri dari lauk-pauk dan kuih-muih semestinya sesuatu yang menyeronokkan.

Video ini bukan sahaja untuk tatapan orang Malaysia kita tapi juga untuk tatapan mereka yang berada di perantauan. Saya pernah berada di Mesir selama 4 tahun dan pernah berkhidmat di Sabah selama 5 tahun. Perasaan kita ni kalau melihat kuih-muih Terengganu amat sayu sekali. Apa lagi dengan lauk-pauk yang serba aneka memecahkan selera.

Bagi orang kita yang bermastautin di Amerika atau di Jerman pula boleh tunjuk kat anak-anak ni ha kuih traditional kita jangan tak tau. Saksikan dua video ini satu untuk lauk-pauk dan satu lagi untuk kuih muih.




No comments:

Post a Comment