Monday 22 August 2011

Ceramah Nuzul Quran 2011

Sempena dengan hari Nuzul Quran yang jatuh nya dalamn Bulan Ramadhan yang mulia maka pihak Unit Bina Insan telah menganjurkan program ceramah Nuzul Quran pada hari Isnin 22 Ogos 2011.

Untuk memenuhi ceramah tersebut pihak penganjur telah menjemput Ustaz Syed Syukri@Syed Muhammad bin Syed Mustaffa al Edrusi dari SMKA Tok Jiring. Beliau yang merupakan penceramah "favorite" di sekitar Kuala Terengganu Utara telah menyampaikan ceramah dengan begitu berkesan sekali.

Program bermula seawal jam 7.20 pagi di mana para pelajar telah membaca yasin dan doa selamat. Kemudian diikuti oleh ceramah yang dimulakan pada jam   8.10 pagi. Ceramah yang disampaikan amat berkesan. Buktinya selepas program ceramah pihak penganjur telah mengemukakan soalan-soalan kuiz. Kesemua soalan tersebut telah dapat dijawab dengan tepat oleh para pelajar. Sebanyak 10 soalan telah diberikan dengan hadiah "give-away" setiap satunya sebanyak RM2.00 dan hadiah terakhir adalah sebanyak RM10.00. Pelajar berasa amat teruja dan gembira.

InsyaAllah kita akan anjurkan lagi program yang serupa di lain masa. Salam hormat dari admin:Ustaz Manan.









No comments:

Post a Comment